“Ramai Cuba Mendekati, Maaf Saya Belum Sedia,” – Sophia Albarakbah

Pelakon kacukan Arab, Melayu dan Cina iaitu Sophia Albarakbah mendedahkan beliau belum sedia untuk menjalin ikatan cinta dengan mana-mana jejaka, selepas hubungannya bersama ‘Mr. Doktor’ terlerai baru-baru ini.

 

Sophia, 30, memberitahu soal jodoh bukanlah keutamaannya ketika ini, sebaliknya beliau mahu memulihkan diri dan karier seni terlebih dahulu.

“doakan saya dapat lelaki yang baik-baik,” sophia albarakbah masih berteka-teki statusnya

Baca: Putus Cinta Punca Sophia Albarakbah Kurang Selera Makan, “Saya Tak Perasan Dah Kurus..”

 

"Fokus saya adalah 100 peratus untuk diri sendiri dan bekerja. Soal perhubungan, saya belum sedia memulakan apa-apa, bukan dalam fasa mengenali sesiapa pun.

"Bukan (patah hati), banyak perkara peribadi berlaku. Buat masa ini, saya belum sedia kembali menjalin hubungan (bercinta) dengan sesiapa... Hanya 100 peratus bekerja," katanya.

putus cinta punca sophia albarakbah kurang selera makan, “saya tak perasan dah kurus..”

Ujarnya, ramai jejaka cuba mendekati dirinya sejak kembali solo ini, namun beliau terpaksa menolak kerana masih belum bersedia menjalin hubungan cinta.

 

"Sudah tentu ramai (cuba mendekati), tapi minta maaf, saya masih belum sedia menjalin hubungan.

"Patah hati bukan perkara menyeronokkan. Jadi, saya tidak mahu melaluinya lagi... Ia sangat sukar," katanya lagi.

 

Baca lagi: “Doakan Saya Dapat Lelaki Yang Baik-Baik,” Sophia Albarakbah Masih Berteka-teki Statusnya

 

Sophia menambah, beliau bersama bekas kekasih yang dikenali sebagai Mr. Doktor masih berhubung dan berkawan seperti biasa.

 

Sumber: BH