"Satu Take Je?!" – Rahsia Faizal Hussein Kekal Legenda & Fenomena Walid Terbongkar!

Siapa tidak kenal dengan Faizal Hussein? Dari zaman kegemilangan Gila-Gila Remaja sehinggalah menjadi fenomena global menerusi watak Walid, beliau tetap menjadi ikon yang disegani dalam industri seni tanah air.

Dalam episod eksklusif podcast Confession Gelap kali ini, "Walid" membongkar segala-galanya yang anda perlu tahu tentang perjalanan kariernya selama lebih 3 dekad! 

Apa yang menarik dalam episod ini?

Senjata Rahsia "One Take": Ketahui bagaimana Faizal Hussein memastikan setiap babak dilakukan dengan hanya satu rakaman sahaja!.

Misi Dakwah di Sebalik Watak Antagonis: Mengapa beliau memilih untuk membawakan watak berat yang dibenci ramai dalam siri Walid?.

Kenangan Zaman Azroy: Cerita lucu dipeluk dan dicium peminat fanatik sehingga memerlukan kawalan keselamatan!.

Hilang Selama 5 Tahun: Mengapa beliau pernah menjauhkan diri daripada industri hiburan suatu ketika dahulu?.

Saksikan sekarang untuk selami jiwa seorang legenda!