Pelakon versatil, Norreen Iman tampil dalam Confession Bilik Gelap membuka cerita tentang realiti membesar dalam industri, dari cabaran mengekalkan relevansi hingga proses memahami diri sebagai seorang anak seni. Baginya, setiap fasa yang dilalui membentuk siapa dirinya hari ini, bukan sekadar sebagai pelakon tetapi juga sebagai individu.