Pencapaian Kreator Malaysia Menjadi Sorotan di ASEAN LIVE Creators for Change

Program ASEAN Live Creators for Change, inisiatif TikTok LIVE bersama ASEAN Foundation, menghimpunkan kreator muda dari seluruh Asia Tenggara untuk menggunakan platform digital demi tujuan bermakna.

pencapaian kreator malaysia menjadi sorotan di asean live creators for change

Tahun ini, tiga kreator menonjol dengan misi unik mereka:

Jhonatan (@jhonatanyuditya_pratama) mengangkat budaya Dayak dari Kalimantan Borneo melalui sesi LIVE sempena Gawai Dayak yang disertai lebih 16,000 penonton. Ia bukan sekadar tontonan, tetapi kebanggaan bersama komuniti. “Saya mahu orang merasai budaya itu, bukan hanya melihatnya,” katanya.

pencapaian kreator malaysia menjadi sorotan di asean live creators for change

Leni (@lenirezi) fokus memelihara bahasa daerah Indonesia. Dengan interaksi dua hala di TikTok LIVE, penonton dapat berkongsi simpulan bahasa, jenaka, dan frasa tempatan. Program ini juga membuka peluang berhubung dengan kreator dari Filipina, Myanmar, dan Malaysia yang menghadapi cabaran bahasa yang sama.

Sir Pedot (@sirpedot) menjadikan pendidikan lebih mudah diakses di TikTok LIVE. Sebagai pensyarah, beliau berkongsi ilmu praktikal seperti literasi digital, biasiswa, dan persediaan akademik kepada ribuan pelajar, sambil membina generasi yang adaptif dan yakin.

pencapaian kreator malaysia menjadi sorotan di asean live creators for change

Ketiga-tiganya membuktikan TikTok LIVE bukan sekadar hiburan, tetapi platform untuk belajar, memelihara budaya, dan memperkasakan komuniti.

"Program ini membuktikan bagaimana kreator menggunakan TikTok LIVE untuk menyampaikan ilmu, meraikan budaya, dan memastikan bahasa tempatan terus relevan,” kata Chanida Klyphun, Pengarah Dasar Awam TikTok Asia Tenggara. 

Program ini berlangsung dari Oktober 2024 hingga Ogos 2025, membimbing 18 kreator dari seluruh ASEAN dengan mentor, dana, dan peralatan untuk menghasilkan sesi LIVE berimpak tinggi. Sepanjang program, mereka mempelajari kemahiran teknikal, merancang kandungan, dan memahami keperluan audiens, membina pengaruh digital yang bertanggungjawab dan berimpak.