Pelakon, Sophia Albarakbah dilihat masih berteka-teki mengenai hubungan cintanya dengan Mr. Doktor yang dikatakan sudah berakhir.
Menurut Sophia, beliau enggan memberi sebarang komen berkaitan kehidupan peribadi dan mahu memberi fokus kepada kerjaya semata-mata.
“Saya malas nak komen mengenai kehidupan peribadi. Setakat ini saya okey dan tengah sibuk bekerja untuk filem yang bakal menyusul.
“Doakan saya dapat lelaki yang baik-baik, itu sahaja. Kehidupan saya seperti biasa, sama sahaja macam sebelum-sebelum ini,” katanya.
Sophia dalam pada itu berkata beliau masih berkawan baik dengan Mr. Doktor dan bersikap terbuka.
“Saya terbuka sahaja, apa-apa pun kami masih kekal berkawan jadi jika kawan-kawan nak datang teman saya menghadiri acara, datang sahaja.
“Macam saya cakap tadi, saya nak fokus kerjaya dan kontroversi seperti itu tidak mengganggu konsentrasi saya,” ujarnya.
Sumber: Utusan