Mereka yang tinggal dikawasan bandar pasti terpaksa berhadapan dengan udara yang tidak sihat, dek kerana pembangunan yang pesat dan lambakan kenderaan atas jalan raya. Akibat daripada udara tidak bersih inilah menyebabkan ramai yang jatuh sakit dan menghidap pelbagai masalah penyakit.
Baca: Syarikat Ini Jual Sebotol Udara Segar Dengan Harga RM430
Disebabkan itu, seorang wanita yang dikenali sebagai Carina Cunha, memperkenalkan sejenis penapis hidung dengan rekaan unik iaitu Nosy.
Nosy dipakaikan pada hidung pengguna dan boleh menapis udara yang tidak sihat daripada masuk kedalam hidung si pemakai.
Ia mempunyai dwi-penapisan iaitu Activated Carbon dan HEPA, yang mana akan menghalang gas toksik,sebatian organik meruap (VOC), debu, habuk, asap pada saiz partikel sekecil 0.03 mikron.
Meskipun ia nampak lucu pada si pemakai, Carina Cunha menjangkakan untuk memasarkan penapis hidung rekaannya seawal April 2021.
"Kami percaya, pemakai Nosy akan merasa selesa bila memakai penapis ini. Kami juga yakin untuk memberikan pengguna pengalaman penapisan yang paling berkesan dan terbaik.
"Klip hidung kami yang mudah dibentuk adalah sesuai untuk semua pengguna. Klip melekat pada luar menggunakan sistem pelekat magnetik, memastikan Nosy akan tetap berada di tempatnya walaupun anda melakukan aktiviti lasak," katanya dalam satu kenyataan.
Penapis ini dikatakan mampu bertahan hingga 100 jam penggunaan, namun pengguna dinasihatkan untuk menukar penapis ini sekurangnya seminggu sekali.
Sumber: Oddity Central