Lembu Berdepan Hukuman Penjara Kerana Akibatkan Kematian Kanak-Kanak

Seekor lembu bakal berdepan dengan hukuman penjara selepas didapati bersalah menyebabkan kematian seorang budak lelaki berusia 12 tahun di Sudan Selatan.

lembu berdepan hukuman penjara kerana akibatkan kematian kanak-kanak

Menurut laporan, lembu jantan itu telah dituduh menyerang mangsa di sebuah ladang di negeri Lakes.

.

Mangsa disahkan mati ditempat kejadian dan ‘suspek’ bersama pemiliknya kini telah ditahan pihak berkuasa.

.

“Lembu itu ditahan di balai polis Daerah Pusat Rumbek.

“Bedah siasat dilakukan sebelum mayat  mangsa dihantar ke rumah keluarganya untuk tujuan pengebumian,” ujar jurucakap polis Sudan Selatan, Mejar Elijah Mabor.

.

Kes penahanan haiwan bukanlah pertama kali berlaku. Baru-baru ini juga seekor kambing jantan telah ditangkap atas tuduhan membunuh seorang wanita berusia 45 tahun dan dijatuhi hukuman penjara tiga tahun serta perlu menjalani kerja berat.

.

Sumber: [1]