Akibatkan Kematian, Kambing Biri-Biri Dihukum Penjara Tiga Tahun

Seekor kambing biri-biri jantan telah dihukum penjara tiga tahun di Sudan.

akibatkan kematian, kambing biri-biri dihukum penjara tiga tahun

Ini adalah kerana tindakan kambing itu yang menyerang dan menanduk seorang wanita hingga menyebabkannya meninggal dunia.

.

Menurut laporan, pemilik haiwan itu juga diarahkan oleh sebuah mahkamah untuk memberikan lima ekor lembu kepada keluarga mangsa sebagai ganti rugi.

.

“Pihak berkuasa di negeri Lakes tersebut bertindak ‘menahan’ kambing biri-biri itu setelah ia membunuh wanita berkenaan minggu lalu,” menurut laporan Sudan Today.

.

Hasil siasatan mendapati wanita itu meninggal dunia selepas kambing tersebut menanduk dada mangsa beberapa kali.

.

Menurut undang-undang Sudan, mana-mana haiwan peliharaan yang menyebabkan kematian individu akan diserahkan sebagai ganti rugi kepada keluarga mangsa.

.

Sumber: [1]