Lelaki Derita Alami Sindrom Tidur Selama 25 Hari Sebulan

Seorang lelaki mengadu menderita sejenis penyakit luar biasa, dimana beliau akan tidur selama 20 hingga 25 hari dalam sebulan sebaik sahaja beliau melelapkan mata.

lelaki derita alami sindrom tidur selama 25 hari sebulan

Pukharam, 42, yang berasal dari daerah Nagaur di negeri Rajasthan, India secara puratanya akan tidur selama 300 hari dalam setahun dan selebihnya adalah hari beliau tidak tidur.

lelaki derita alami sindrom tidur selama 25 hari sebulan

Beliau dikesan menghidap sejenis sindrom yang digelar Axis Hypersomnia sejak 23 tahun yang lalu dan sejak itu ia nyata mempengaruhi kehidupan sehariannya kerana ahli keluarga lain sukar untuk membangunkannya jika dia tertidur.

 

“Pada mulanya, dia biasa tidur selama lebih dari 5 hingga 7 hari sekaligus. Bimbang dengan situasi itu, kami meminta nasihat perubatan tetapi penyakitnya tidak dapat disembuhkan.

“Lama-kelamaan, keadaannya bertambah buruk, tempoh tidurnya semakin bertambah dan sekarang dia tidur untuk 20-25 hari sebulan,“ kata ahli keluarganya.

 

Beliau yang juga mempunyai kedai runcit hanya akan membuka kedainya selama lima hari sebulan gara-gara penyakit misteri yang dihidapinya itu. Lebih parah, beliau pernah juga tertidur ketika sedang bekerja.

lelaki derita alami sindrom tidur selama 25 hari sebulan

Ketika tidur, segala aktiviti hariannya seperti mandi dan makan akan dilakukan oleh ahli keluarganya yang lain.

 

Selain itu, beliau juga sering berhadapan dengan masalah sakit kepala yang serius akibat daripada waktu tidur yang terlalu panjang.

 

Sebelum ini kes yang sama turut terjadi kepada seorang gadis berusia 17 tahun dari Indonesia yang juga tidur selama 13 hari lamanya. Doktor mengklasifikasikan sindrom tidur berpanjangan ini sebagai satu gangguan psikologi.

 

Sumber: Kosmo!