Mimi Lana Dah Bersedia Jadi Isteri Syafiq Kyle, “Kami Pun Dah Kawan Lama..”

Pelakon, Mimi Rozaiana Zainal Abidin atau lebih dikenali dengan nama Mimi Lana mengakui sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab menjadi isteri kepada jejaka pilihannya, Syafiq Kyle, tahun ini.

mimi lana dah bersedia jadi isteri syafiq kyle, “kami pun dah kawan lama..”

Mimi Lana, 27, berkata beliau memohon orang ramai untuk mendoakan agar perkahwinan yang akan dibinanya itu dipermudahkan.

 

"Saya dan Syafiq pun sudah berkawan lama. Insya-Allah sudah bersedia, doakan saya. Sejujurnya memang ada sedikit rasa berdebar sebab bakal melangkah ke satu fasa yang lebih serius dalam hidup.

"Tapi tidaklah rasa gemuruh yang keterlaluan, mungkin detik itu belum sampai lagi. Pada waktu ini, saya banyak berdoa supaya kami berdua dapat laluinya dengan baik, tiada masalah. Itu saja yang saya harapkan.

"Berkenaan hal-hal lain, tiada ada yang boleh saya ulas lanjut mengenainya. Saya risau juga kalau asyik berkongsi, peminat pun naik bosan sebab hal yang sama.

"Tapi itulah hakikatnya, insya-Allah dalam tahun ini juga (berkahwin)," katanya.

mimi lana dah bersedia jadi isteri syafiq kyle, “kami pun dah kawan lama..”

Ujar Mimi, segala persiapan untuk hari bahagia itu juga sudah hampir 50 peratus siap dan semuanya sedang berjalan lancar.

 

Terdahulu, Syafiq Kyle turut memaklumkan bahawa mereka akan berkahwin selepas sambutan Aidilfitri tahun ini.

syafiq kyle bakal nikah mimi lana lepas aidilfitri

Baca: Syafiq Kyle Bakal Nikah Mimi Lana Lepas Aidilfitri

 

Sebelum ini, Syafiq Kyle dilaporkan telah menghantar rombongan merisik Mimi Lana dalam satu majlis yang diadakan secara tertutup pada 21 Januari lalu.

 

Sumber: HMetro