Syafiq Kyle Bakal Nikah Mimi Lana Lepas Aidilfitri

Pelakon, Syafiq Kyle memaklumkan akan bernikah dengan pasangannya, Mimi Lana dijangka selepas sambutan Aidilfitri.

syafiq kyle bakal nikah mimi lana lepas aidilfitri

Menurut Syafiq, segala persiapan hari bahagianya kini juga semakin siap dan sedang berjalan lancar.

 

“Doakan saya. Insha-Allah selepas Aidilfitri, kita lepaskan bulan puasa dan hari raya terlebih dahulu.

"Alhamdulillah saya kini cuma menanti hari bahagia saja. Bukan nak cakap persiapan sudah 100 peratus siap tapi semuanya dalam keadaan terkawal," katanya.

 

Menurut Syafiq lagi, beliau sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami dan mampu menjalani kehidupan rumah tangga dengan harmoni.

 

Malah, katanya aktiviti seni mereka juga akan berjalan seperti biasa lepas kahwin dan pihak produksi mereka juga faham dengan jadual kerja mereka berdua.

 

Terdahulu, Syafiq telah menghantar rombongan merisik Mimi Lana dalam satu majlis yang diadakan secara tertutup pada 21 Januari lalu.

 

Sumber: HMetro