Susah Nak Ke Pusat Vaksinasi? Jangan Risau, KKM Aktifkan Unit Bergerak Ke Sana

Malaysia bakal menerima vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech pada 21 Feb ini, dan diikuti pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pada 26 Feb depan.

susah nak ke pusat vaksinasi? jangan risau, kkm aktifkan unit bergerak ke sana
 
Sehingga kini, kerajaan memaklumkan terdapat 605 pusat pemberian vaksin di seluruh Malaysia, dimana orang ramai boleh mendapatkan bekalan vaksin di lokasi-lokasi berkenaan selepas proses pendaftaran dilakukan.

ini sebab kenapa vaksin covid-19 hanya diberi kepada 18 tahun ke atas
 
Baca: Senarai 605 Lokasi Pusat Pemberian Vaksin Di Malaysia
 

Namun, bagi golongan warga emas dan kumpulan rentan yang sukar untuk ke pusat vaksinasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menggunakan unit bergerak bagi membantu proses vaksinasi COVID-19.

susah nak ke pusat vaksinasi? jangan risau, kkm aktifkan unit bergerak ke sana
 
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata golongan ini perlu mendaftarkan diri bagi vaksinasi terlebih dahulu sebelum petugas Pusat Kesihatan Daerah (PKD) membuat penilaian terhadap golongan berkenaan bagi membolehkan usaha memvaksin mereka yang dijadualkan dalam Fasa Kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dapat dilaksanakan dengan lancar.

 
“Sekarang kita mempunyai mobile unit (sedia ada), yang merupakan sebahagian dalam program vaksinasi KKM.
“Sebagai contoh, kita tidak mengharapkan Orang Asli untuk datang kepada kita, kita akan datang kepada mereka (untuk vaksinasi),”
katanya.
 

Menurutnya lagi, unit bergerak ini adalah salah satu inisiatif dalam memastikan golongan berkenaan tidak ketinggalan bagi Fasa Kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan sekali gus mencapai imuniti kelompok dengan sasaran sekurang-kurangnya 80 peratus daripada penduduk Malaysia divaksin.

ini sebab kenapa vaksin covid-19 hanya diberi kepada 18 tahun ke atas
 
Vaksinasi COVID-19 adalah secara sukarela dan diberikan percuma kepada semua penduduk berusia 18 tahun ke atas sama ada warganegara dan bukan warganegara dengan sasaran sekurang-kurangnya 80 peratus penduduk dewasa Malaysia menerima vaksin menjelang Februari 2022.
 

Sebarang maklumat lanjut boleh rujuk kepada laman web www.vaksincovid.gov.my .


Sumber: KKM