Ini Lima Kaedah Orang Ramai Daftar Diri Bagi Vaksin COVID-19 – KKM

Vaksin COVID-19 bakal tiba di Malaysia tidak lama lagi. Ia sebagai salah satu cara kita melawan penularan pandemik ini daripada terus meragut banyak nyawa.

ini lima kaedah orang ramai daftar diri bagi vaksin covid-19 – kkm

Menerusi akaun rasmi Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), berikut adalah lima kaedah untuk mendaftar bagi mendapatkan vaksin COVID-19 ini:

1. Aplikasi MySejahtera - akan dilancarkan butang khas untuk pendaftaran temujanji.

2. Laman sesawang khas yang akan dilancarkan YAB Perdana Menteri.

3. Talian hotline yang akan diumumkan.

4. Secara manual di klinik kesihatan, hospital dan klinik swasta.

5. Rumah ke rumah di kawasan pendalaman yang dikenal pasti dengan mensasarkan warga emas.

 

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaludin berkata, pendaftaran bagi mendapatkan vaksin COVID-19 ini akan dilakukan secara sukarela dan bermula Mac depan.

ini lima kaedah orang ramai daftar diri bagi vaksin covid-19 – kkm

Menurut beliau, individu yang sudah mendaftar menerusi salah satu daripada lima kaedah diatas akan diberikan tarikh, waktu dan tempat untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

“Mereka (individu yang mendaftar), kemudiannya akan diberikan tarikh, waktu dan tempat berdasarkan maklumat yang diberikan. Tempat tinggal mereka misalnya, mungkin tidak sama seperti di dalam alamat IC (kad pengenalan) mereka," katannya dalam satu ciapan di Twitter baru-baru ini.

 

Sumber: KKM / Bernama

ARTIKEL BERKAITAN