Senarai 605 Lokasi Pusat Pemberian Vaksin Di Malaysia

Orang ramai mungkin sudah sedia maklum yang Malaysia akan menjalankan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula 26 Feb ini.

senarai 605 lokasi pusat pemberian vaksin di malaysia
 
Pemberian vaksin COVID-19 di Malaysia akan melalui tiga fasa, dimana ia akan berterusan sepanjang tahun hingga Feb 2022.

cara aktifkan notifikasi vaksin covid-19 pada mysejahtera
 
Baca: Cara Aktifkan Notifikasi Vaksin COVID-19 Pada MySejahtera

 
Bagi memudahkan akses orang ramai terhadap vaksin COVID-19, vaksinasi akan dijalankan di 605 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang telah dikenal pasti oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). PPV sementara juga akan dibuka mengikut keperluan seperti di stadium, pusat konvensyen, dewan orang ramai, universiti serta fasiliti yang bersesuaian.


 
Berikut adalah lokasi Pusat Simpanan Vaksin (PSV) dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) setakat ini:

senarai 605 lokasi pusat pemberian vaksin di malaysia
senarai 605 lokasi pusat pemberian vaksin di malaysia

 
Penghantaran dan penyimpanan vaksin akan melibatkan operasi bersepadu pelbagai agensi kerajaan menerusi KKM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta pihak berkuasa keselamatan yang lain.

 
KKM juga telah berjaya melaksanakan dry run vaksin di Klinik Kesihatan Belaga yang merupakan kawasan pedalaman di Sarawak dan Hospital Bintulu pada 29-30 Januari 2021 sebagai langkah persiapan rapi sebelum proses imunisasi dilaksanakan.

 
Sebarang maklumat lanjut boleh rujuk kepada laman web www.vaksincovid.gov.my .