Umum sedia maklum, vaksin Pfizer-BioNTech akan tiba di Malaysia pada 21 Februari 2021, diikuti pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang akan bermula pada 26 Februari 2021, di mana Perdana Menteri sendiri akan menerima suntikan vaksin pada hari tersebut bersama-sama petugas barisan hadapan.
Justeru, bagi menyambut ketibaan kumpulan vaksin pertama pada Ahad ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan akan menyiarkan secara langsung menerusi Facebook Live KKM bermula jam 9 pagi.
Siaran secara ekslusif itu adalah bagi menunjukkan kepada orang ramai khasnya rakyat Malaysia akan ketibaan kumpulan vaksin pertama di Malaysia, sebelum pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan dilakukan bermula 26 Feb.
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan melalui
tiga fasa. Fasa pertama akan melibatkan
petugas barisan hadapan, bermula pada 26 Februari sehingga April 2021. Fasa kedua pula akan bermula pada bulan April sehingga Ogos 2021 dan akan melibatkan
kumpulan yang berisiko tinggi, manakala Fasa Ketiga akan melibatkan
golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas, bermula dari bulan Mei 2021 sehingga Febuari 2022.
Sebarang maklumat lanjut boleh rujuk kepada laman web
www.vaksincovid.gov.my .
Sumber:
KKM