Ika Nabella Yakin Nonny Nadirah Bukan Begitu

Kawan baik kepada pelakon dan penyanyi Nonny Nadirah iaitu Ika Nabella yakin bahawa rakannya bukanlah seperti yang ditunjuk dalam media sosial, hinggakan menjadi kontroversi panas sejak minggu lalu.

ika nabella yakin nonny nadirah bukan begitu

Ika, 32, berkata, beliau cukup kenal dengan hati budi Nonny, walaupun tindakan rakannya itu memuatnaik dua foto tidak berhijab dan juga mengaibkan di laman sosialnya.

 

Meskipun Ika tidak memuatnaik sebarang hantaran mengenai Nonny, katanya itu tidak bermakna beliau tidak ambil tahu mengenai rakannya, malah tetap bersedih dengan apa yang berlaku.

 

"Saya nak cakap tak perlu cari saya, mesej atau kemas kini apa-apa. Bukannya saya tidak ada IG dia. Takkan sebab saya tak komen apa-apa, tak muat naik apa-apa anda semua ingat saya tak tahu apa jadi. Saya 'follow' dia di IG. Saya nampak apa dia muat naik.

"Sungguh memilukan, saya menangis dan memikirkannya sejak hantaran pertama. Tetapi saya tidak mahu membincangkannya dengan sesiapa pun. Saya tak mahu ulas apa-apa sebab saya manusia biasa.

"Mata kasar kita saja nampak kita semua berbeza. Apa kita lalui berbeza. Nikmat dan dugaan hidup kita juga berbeza. Tapi hakikatnya, kita semua sama. Kita semua ada dosa. Allah tutup aib kita. Bagi dia masa, dia akan okay," katanya.

 

 

Tambah Ika lagi, beliau sentiasa punya masa untuk Nonny meluahkan apa yang terbuku dihati dan sentiasa membuka peluang kepada rakannya itu untuk menghubunginya.

 

 

 

Sumber: [1]

 

 

ARTIKEL BERKAITAN