Mila Jirin Kecewa Nonny Nadirah Buat Hal Lagi

Selepas kontroversi pelakon dan penyanyi, Nonny Nadirah memuatnaik foto seksi dan tidak mengenakan lagi hijab, Nonny sekali lagi mencuri perhatian apabila memuatnaik foto sedang berendam dalam besen.

padam foto lama, peminat tertanya-tanya post terbaru nonny nadirah

Foto dari sisi belakang itu memperlihatkan Nonny mengenakan kaca mata hitam dalam keadaan mengaibkan, dimuatnaik menerusi laman sosialnya malam tadi.

 

Hantaran itu hanya menulis ‘Soap’ pada kapsyen, hingga membuatkan sahabatnya, Mila Jirin meluahkan rasa kecewa.

 

Menurut Mila, beliau hanya mampu mendoakan Nonny yang sebelum ini tampil bertudung, untuk kembali ke jalan yang sepatutnya.

"Aku hanya mampu mohon Allah jentik hati kau kembali ke landasan. Aku tak baik, tapi aku dah cuba sebaik-baiknya tarik kau!

"Tapi, hari ini aku tahu, hanya aku sayang kau sebagai sahabat. Tetapi, tidak kau! Kau tak peduli pun sahabat kau! Nasihat orang yang sayang kau!

"Syabas, kau dapat semula populariti. Ingat Nonny. Populariti di dunia ini belum tentu dapat bawakan sepinggan nasi kepada kau! Assalamualaikum," tulisnya.

 

 

Sebelum ini, Nonny pernah memadamkan foto seksinya di Instagram selepas mendapat nasihat daripada orang ramai termasuk juga dari Mila, namun beliau kembali memuatnaik foto terbabit, tanpa diketahui tujuan sebenarnya.

 

Sumber: Instagram