Fyna Jebat Main Filter Dapat Watak Penyondol Dikritik Netizen, “Saya Tak Akan Tengok Komen..”

Baru-baru ini, tular video menunjukkan penyanyi, Fyna Jebat mendapat watak sebagai ‘penyondol’ dalam filter di aplikasi Tiktok.

fyna jebat main filter dapat watak penyondol dikritik netizen, “saya tak akan tengok komen..”

Penyanyi itu yang sebelum ini telah menjadi bualan ramai selepas beliau selamat menjadi isteri kedua kepada bekas jurulatih bolasepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin. Malah, Fyna turut terlibat dengan satu pergaduhan di tempatb awam bersama madunya, Datin Zalina Zaini.

 

Mengulas lanjut mengenai watak penyondol yang diterimanya dalam filter Tiktok itu, pemilik nama sebenar Nur Syafinaz binti Jebat berkata apa yang keluar dari filter itu adalah secara spontan dan ia bukan satu isu besar.

 

“Saya tak ada nak komen apa. Sebab bagi saya, itu hanya filter sahaja dan bukan saya nak buat. Sebab mereka yang ajak main filter dan saya okay saja.

“Bagi saya, benda tu tak ada apa pun, lagipun filter itu hanya spontan saja,” kata adik kepada penyanyi popular, Ayda Jebat ini.

fyna jebat main filter dapat watak penyondol dikritik netizen, “saya tak akan tengok komen..”

Malah Fyna juga tidak kisah dengan kata-kata netizen kerana beliau tidak pernah pun membaca komen mereka.

 

Terdahulu, Fyna mengaku sudah bernikah dengan Datuk Zainal Abidin Hassan dan hubungannya bersama madunya juga kini baik sahaja.

 

Baca: Dua Isteri Zainal Abidin Berdamai, Laporan Polis Telah Ditarik Semula

 

Sumber: Gempak