Dua Isteri Zainal Abidin Berdamai, Laporan Polis Telah Ditarik Semula

Dua isteri belas jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan akhirnya menarik semula laporan polis yang dibuat.

dua isteri zainal abidin berdamai, laporan polis telah ditarik semula

Datin Zalina dan penyanyi, Fyna Jebat memilih untuk tidak memanjangkan isu bergaduh di sebuah kedai makan dan mahu menyelesaikannya dengan cara yang baik.

 

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Shah Alam, Assisten Komisioner Mohd Iqbal selepas Zalina Zaini menarik semula laporan mengenai kes tersebut kira-kira dua minggu lalu. Susulan itu, pihak polis mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

 

“Mereka sudah tarik report. Wife telah tarik report dua minggu lalu.

“Jadi kita telah rujuk kertas siasatan (kepada pihak pendakwaan).

“Kalau ikut tempoh hari, kita kena bagi bon tapi mereka telah tarik report dan masing-masing selesai secara baik.

“Jadi kes selesai dengan diklasifikasikan sebagai NFA,” demikian menurut beliau.

 

Terdahulu, Zalina didakwa berang selepas disindir madunya dalam sebuah program televisyen hingga mencetuskan pergaduhan di antara mereka di sebuah restoran dekat Shah Alam. Pertengkaran mulut dipercayai berlaku selepas kakak kepada penyanyi, Ayda Jebat itu berkahwin dengan Zainal Abidin tanpa pengetahuannya.

 

Sumber: Media Hiburan