Lepas Dua Bulan Cerai, Alicia Amin Digosip Bercinta Dengan Amir Ahnaf?

Setelah dua bulan bercerai, pelakon dan model, Alicia Amin menafikan bahawa dia sedang menjalin hubungan cinta dengan bintang muda, Amir Ahnaf dan menganggap khabar angin tersebut sebagai tidak berasas.

alicia amin bercerai lepas dua tahun kahwin, rakan artis pakat beri kata semangat

Menurut Alicia, dia tidak pernah berjumpa dengan pelakon Projek High Council itu dalam mana-mana majlis, dan tidak mengenali dia dengan rapat seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

 

“Saya tak pernah berbual dengan Amir kerana kami langsung tak kenal malah tidak pernah berjumpa dengan dia.

“Setakat ini saya cuma pernah bertemu dengan kawan-kawan Amir iaitu Mierul Aiman dan Nadhir Nassar.

“Jadi gosip itu tak benar sama sekali,” katanya.

 

Dalam pada itu, Alicia menyatakan bahawa pada masa ini dia lebih memberi tumpuan kepada kerjayanya berbanding soal hati.

 

Menurut Alicia, perjalanan kerjayanya masih panjang dan dia mempunyai impian untuk mengembangkan kerjaya seninya ke luar negara.

 

Alicia yang tercalon dalam dua kategori untuk sebuah anugerah berprestij mengakui bahawa dia masih baharu dalam industri seni berbanding dengan calon lain yang dilihat mempunyai kedudukan kukuh dan aktif dalam media sosial.

 

"Sejujurnya, saya rasa saya masih tidak popular dan jarang memuat naik hantaran dalam laman sosial kecuali hal berkaitan kerja.

“Sekiranya ada masa pun, mungkin saya tidak akan dapat mendapat undi yang banyak seperti artis lain disebabkan kurang berkempen secara maya. Apapun, terima kasih atas pencalonan ini," katanya.

 

Terdahulu, Alicia pernah mendirikan rumah tangga dengan Dr. Farzan Iqbal pada Februari 2022, namun mengesahkan bahawa dia bercerai talak satu sekitar Mac lalu.

alicia amin bercerai lepas dua tahun kahwin, rakan artis pakat beri kata semangat

Baca: Alicia Amin Bercerai Lepas Dua Tahun Kahwin, Rakan Artis Pakat Beri Kata Semangat

 

Sumber: Kosmo Online