Pelakon, Alicia Amin, 28, mengesahkan sudahpun bercerai secara baik dengan suaminya, Farzan Iqbal, 29, semalam.
Menurut pemilik nama sebenar Raja Alicia Raja Amin, beliau reda dengan ketentuan itu dan kini berada dalam keadaan yang baik.
Katanya, mereka masih berkawan baik dan tidak timbul sebarang drama meskipun sudah berpisah.
Terdahulu, Alicia telah mencetuskan spekulasi ramai selepas dilihat berkongsi video memakai jubah dan tudung hitam sambil dipayungi seorang lelaki. Beliau dilihat beredar dari sebuah bangunan seakan-akan mahkamah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan juga pengikut Alicia Amin memberikan kata-kata semangat kepadanya.
Terdahulu, Alicia dan Farzan telah bernikah pada 14 Februari 2021 dalam satu majlis ringkas. Dua tahun perkahwinan, pasangan ini bagaimanapun tidak dikurniakan cahaya mata.
Sumber: HMetro / Instagram Alicia Amin