Pernahkah Kita Terfikir Apa Yang Ada Di Dalam Syurga Dan Bagaimanakah Gambarannya?

Saat manusia diuji dengan pandemik COVID-19 ketika ini, kesabaran menjadi pembakar semangat dalam mengharungi ujian ini yang boleh dijadikan amalan yang bakal dihitung pada hari akhirat kelak. 

Ramai yang diuji dengan kesakitan, kehilangan orang tersayang, punca pendapatan yang terjejas. Manakala ramai juga yang turut diuji dari segi kerohanian, mental dan emosi. Namun, semangat rakyat Malaysia masih membara dalam mengharungi perlawanan di medan perang terhadap musuh ghaib ini.

bicara tentang keindahan gambaran syurga, taman yang diukir oleh yang maha esa

Kepercayaan kepada Hari Kiamat merupakan Rukun Iman yang kelima. Oleh itu, sememangnya wajar bagi seorang Muslim mempercayai kewujudan syurga dan neraka.

Apabila kita bicara tentang hari kiamat, ramai akan mula berfikir tentang amalan dan dosa mereka yang akan bakal dihitung dan dihisab. Amalan-amalan dan dosa kita ketika berada di dunia yang akan menjadi titik penentuan ke taman syurga ataupun lubang api neraka. 

bicara tentang keindahan gambaran syurga, taman yang diukir oleh yang maha esa

Jika bertanya setiap individu, sudah tentu taman syurga menjadi impian abadi setiap Muslim. Gambaran tentang keindahan taman syurga seringkali disebut dalam Al-Quran dan Hadis. Bahkan, ilmuwan dan para ulama turut menulis mengenai keindahan gambaran syurga yang diukir oleh Allah SWT.

Apa itu syurga? Siapakah penghuninya? Syurga ada nama ke? Bagaimana gambaran kehidupan di syurga kelak? Persoalan yang seringkali bermain dalam fikiran setiap manusia.

Oleh itu, podcast ‘Gambaran Syurga’ dapat memberi pemahaman kepada mereka yang ingin mengetahui tentang taman syurga.

bicara tentang keindahan gambaran syurga, taman yang diukir oleh yang maha esa

‘Gambaran Syurga’ merupakan podcast eksklusif hanya di aplikasi SYOK dengan kolaborasi bersama Dewan Bahasa & Pustaka (DBP)

Kisah anak syurga ini dihasilkan berdasarkan Buku Gambaran Syurga menurut Fakhr al-Din al-Razi yang meneliti gambaran syurga dengan huraian tentang persoalan berkaitan dengan nama-nama dan sifat-sifat syurga serta penghuninya.

Anda boleh mendengar Gambaran Syurga di aplikasi SYOK atau boleh klik di sini untuk mendengar tentang keajaiban gambaran syurga. 

Jika anda ingin info lebih lanjut, anda boleh mengikuti perkembangan terkini di Instagram @syokcast.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SYOKcast (@syokcast)

ARTIKEL BERKAITAN