Zoo Negara Tengah Cari Pasangan Betina Untuk Oyen, Syaratnya Kena Oyen Juga

Umum sedia maklum akan kehadiran seekor kucing berwarna oren yang berkeliaran dalam sangkar tikus capybara di zoo negara.

 

Dikenali dengan nama panggilan Oyen, kucing itu yang pada mulanya ‘menumpang’ dalam kandang capybara, akhirnya diberikan status ‘penduduk tetap’ berserta dengan tanda nama yang dibuat khas untuknya.

zoo negara cari pasangan betina untuk oyen, syaratnya kena oyen juga

Baca: Lebih Dua Tahun Hidup Menumpang, Oyen Kini Rasmi Penghuni Kandang Capybara Di Zoo Negara

 

Populariti Oyen semakin mendapat perhatian ramai dengan pengunjung tidak melepaskan peluang melihat sendiri aksi dan gelagat Oyen dalam kandang berkenaan.

 

Pihak Zoo Negara turut mengiktiraf Oyen sebagai ‘Star of the Zoo Negara’ selepas popularitinya melonjak, sehingga kisahnya menjadi sebutan dalam dan luar negara.

zoo negara cari pasangan betina untuk oyen, syaratnya kena oyen juga

Bagi menerusikan legasi Oyen di Zoo Negara, pihak zoo kini dalam usaha mencari pasangan buat Oyen dengan syarat ia perlu mempunyai bulu yang sama dengannya.

 

“Kita sedang mencari kucing betina yang berwarna oren juga untuk jadikan pasangannya.

“Kira ada rezeki dapat lahir yang oren juga jadi ada kesinambungan sekiranya Oyen ini dah tiada nanti, ada lagi Oyen, anak kepada kucing itu,” kata naib presiden Zoo Negara baru-baru ini.

zoo negara cari pasangan betina untuk oyen, syaratnya kena oyen juga

Tambahnya lagi, bagi menjaga kebajikan kucing berkenaan, pihak zoo sudah memberikan makanan bernutrisi selain memantau tahap kesihatannya.

 

“Berbanding dahulu, Oyen kini sudah jinak dan boleh didekati. Tujuan kami mahu rapat dengan Oyen supaya jika satu hari nanti Oyen jatuh sakit, mudah untuk kami pegang dan merawatnya,” katanya lagi.

Sumber: Bernama