Lebih Dua Tahun Hidup Menumpang, Oyen Kini Rasmi Penghuni Kandang Capybara Di Zoo Negara

Jika anda pernah melawat ke Zoo Negara baru-baru ini, pasti anda pernah terlihat aksi seekor kucing berwarna jingga menghuni sangkar kediaman tikus gergasi Cabybara.

lebih dua tahun tumpang kandang, oyen kini rasmi penghuni kandang capybara di zoo negara

Kucing yang disebut sebagai Oyen itu telah menetap dalam kepungan Capybara sejak dua ke tiga tahun lalu, dan kini secara rasminya menjadi sebahagian daripada kawanan herbivor tersebut.

 

Papan tanda nama ‘Oyen’ juga kini telah diletakkan pada bahagian hadapan kandang, sekaligus menjadi tarikan baharu kepada pengunjung.

lebih dua tahun tumpang kandang, oyen kini rasmi penghuni kandang capybara di zoo negara

Video Oyen yang diiktiraf secara rasmi penghuni kandang bersama Capybara telah dikongsikan Zoo Negara menerusi akaun Tiktok mereka.

 

@znmzoonegara Haaa oyen pun dah ada signage sendiri 🔥 Mungkin next Roren kita pulak? Korang belum kenal Roren kan 😉 #oyen #oyenbarbar #masbro #capybara #zoonegara #zoonegaramalaysia #zoonegaramalaysia2023 ♬ girls like me don't cry (sped up)

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata menyambut baik tindakan Zoo Negara dalam menyokong ‘persahabatan’ antara Oyen dan Cabybara tersebut.

lebih dua tahun tumpang kandang, oyen kini rasmi penghuni kandang capybara di zoo negara

Kebiasaannya, pihak Zoo tidak menggalakkan haiwan peliharaan berinteraksi bersama haiwan liar kerana ia boleh membahayakan mereka. Namun, ‘persahabatan’ antara Oyen dan Cabybara setakat ini tidak menunjukkan sebarang tanda dalam tekanan, dan keadaan mereka juga dipantau bagi memastikan keduanya dalam keadaan sihat.

 

Sumber: Tiktok Zoo Negara