WHO Kesal Vaksin Diberi Pada Dewasa Yang Sihat Terlebih Dahulu

Hari ini, banyak negara sudah memulakan program vaksinasi penduduk mereka dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19.

denda, kompaun menanti mereka potong giliran terima vaksin!
 
Vaksin yang diberikan secara berfasa, mengikut kepada keutamaan golongan tertentu, nampaknya telah cuba diekspoitasi oleh mereka yang mementingkan diri sendiri.

who kesal vaksin diberi pada dewasa yang sihat terlebih dahulu

Baca: Denda, Kompaun Menanti Mereka Potong Giliran Terima Vaksin!

 

Isu potong giliran ini bukan sahaja menjadi topik di Malaysia, malah serata dunia hingga menjadi perhatian Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Tedros Adhanom Grebeyesus.

who kesal vaksin diberi pada dewasa yang sihat terlebih dahulu
 
Menurut Dr. Tedros, beliau menyatakan rasa kesal apabila orang muda dan dewasa yang sihat di negara kaya mendapat suntikan vaksin COVID-19. Ini terutama apabila kumpulan berkenaan didahulukan daripada pekerja kesihatan barisan hadapan di negara membangun.

 
“Kami teruja melihat pekerja kesihatan dalam negara pendapatan rendah menerima vaksin. Namun kami kesal yang ia diberikan tiga bulan selepas beberapa negara kaya memulakan kempen imunisasi mereka.

“Ia mendukacitakan apabila ada negara kaya yang terus memberikan vaksin kepada orang muda dan dewasa yang sihat dan berisiko rendah dalam populasi mereka, mendahului pekerja kesihatan dan warga emas di negara lain.

“Negara ini harus sedar yang mereka bukan bersaing dengan negara lain; mereka sedang melawan COVID-19,” katanya.

 
Selain itu, beliau turut melaporkan dalam tempoh tujuh minggu, kes baharu COVID-19 meningkat di empat rantau iaitu di Amerika, Eropah, Asia Tenggara dan Timur Mediteranean.

 
Katanya, punca peningkatan ini adalah berkait dengan langkah mengawal COVID-19 yang dilonggarkan.


 
Sumber: Astro Awani


 
 

ARTIKEL BERKAITAN