Denda, Kompaun Menanti Mereka Potong Giliran Terima Vaksin!

Sejak pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, seramai 25,252 orang telah menerima suntikan dos pertama Pfizer-BioNTech setakat 1 Mac 2021.

 
Pemberian vaksin COVID-19 di Malaysia akan melalui tiga fasa berbeza mengikut kepada keutamaan seperti barisan frontliner, warga tua, golongan berisiko, dan seterusnya dewasa berusia 18 tahun ke atas yang sihat tubuh badan.

buku panduan program imunisasi covid-19 jadi rujukan lengkap rakyat malaysia tentang vaksin
 
Namun begitu, timbul dakwaan ada segelintir individu khasnya golongan VIP yang cuba untuk ‘memotong giliran’ bagi menerima vaksin COVID-19 di Malaysia, hingga menimbulkan rasa tidak puas hati ramai pihak.

denda, kompaun menanti mereka potong giliran terima vaksin!
 
Bagi mengelakkan perkara ini daripada terjadi, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata kerajaan kini sedang dalam pertimbangan untuk mengenakan denda dan kompaun kepada mana-mana individu yang didapati bersalah memotong giliran untuk menerima vaksin.


 
Menurutnya, kuasa tambahan mungkin diberikan kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba untuk mengenakan kompaun tersebut.

 
Katanya lagi, pihak penyelaras juga sudah mewujudkan 'Garis Panduan Penetapan Senarai Petugas Barisan Hadapan' bagi memastikan isu tersebut tidak lagi berulang kelak.

denda, kompaun menanti mereka potong giliran terima vaksin!

denda, kompaun menanti mereka potong giliran terima vaksin!
 
"Dengan garis panduan yang jelas ini, ia membolehkan mereka yang ada di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) pastikan mereka yang datang adalah barisan hadapan. Kalau ada pun tekanan, jangan benarkan sesiapa potong giliran.

"Kami sangat tegas dalam perkara ini. Kita juga buka aduan secara e-mel. Kalau ada maklumat, mereka boleh buat aduan, tak perlu sertakan nama pun tidak mengapa.

"Kalau berlaku juga (potong giliran), kita mungkin boleh tambah kuasa kepada Menteri Kesihatan untuk denda atau kompaun siapa yang potong giliran," katanya.

 
Sumber: Astro Awani