WHO Gagal Kesan Asal Usul Koronavirus Di China, ‘‘Ia Mungkin Dari Lokasi Lain..’’

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) gagal mengesan asal usul pandemik koronavirus di China selepas menjalankan misi ke negara itu.

who akhirnya jumpa petunjuk baru punca covid-19 ...

Menurut ketua pasukan China, Liang Wannian berkata, meskipun virus yang membunuh lebih 2.3 juta orang itu dikatakan berpunca daripada haiwan, namun sumber asal dan buktinya belum dapat dikenal pasti.

 

Jelasnya, beberapa kajian turut menunjukkan virus berkenaan mungkin boleh dibawa melalui perjalanan jarak jauh seperti menerusi produk sejuk beku, sekali gus mencetuskan kemungkinan virus ini diimport.

who akhirnya jumpa petunjuk baru punca covid-19 ...

Katanya lagi, tiada petunjuk penyakit itu menular di Wuhan sebelum Disember 2019 apabila kes pertama dikesan.

 

WHO dalam pada itu menyokong kenyataan tersebut dengan menyatakan tiada bukti yang dapat mengesahkan penularan wabak besar di Wuhan sebelum tempoh tersebut.

 

Terdahulu, WHO dikatakan mempunyai petunjuk yang mungkin dapat menyelesaikan misteri kewujudan virus COVID-19 ini di China.

 

Sumber: CGTN / VOA