WHO Akhirnya Jumpa Petunjuk Baru Punca COVID-19 ...

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang kini sedang menjalankan siasatan ditempat bermulanya penularan wabak COVID-19, mungkin mempunyai petunjuk penting mengenai asal usul genetik virus itu.

who akhirnya jumpa petunjuk baru punca covid-19 ...

Menurut laporan dari New York Daily, pakar penyakit haiwan, Peter Daszak berkata kelawar gua di Wuhan perlu menjadi sebahagian daripada penyelidikan mengenai asal-usul penyakit tersebut.

who akhirnya jumpa petunjuk baru punca covid-19 ...

who akhirnya jumpa petunjuk baru punca covid-19 ...

Menurutnya, kumpulan yang menjalankan kajian dan diketuai oleh WHO itu telah menerima maklumat baharu mengenai bagaimana wabak koronavirus menyebabkan jangkitan kepada lebih 104 juta penduduk di dunia.

Bagaimanapun, setakat ini pihaknya belum mempunyai bukti yang menyokong idea bahawa virus itu berasal dari makmal seperti dakwaan yang tular sebelum ini.

Pihaknya juga tidak menolak sumber asal virus maut ini adalah daripada spesis kelawar gua, namun kajian berterusan perlu dilakukan dalam usaha mengesan asal usul pandemik ini.

Sumber: New York Daily