Konon Lahir Bayi Kembar 10, Wanita Ini Dimasukkan Wad Psikatri

Baru-baru ini tular kisah seorang wanita dari Afrika Selatan yang dikatakan selamat melahirkan bayi kembar 10 yang dikandungnya.

menakjubkan, ibu lahir anak kembar 10 di afrika selatan

Baca: Menakjubkan, Ibu Lahir Anak Kembar 10 Di Afrika Selatan

 

Bagaimanapun, wanita berkenaan, Gosiame Sithole, 37, telahpun ditahan pihak berkuasa di rumahnya dekat Johannesburg pada pagi Khamis lalu.

konon lahir bayi kembar 10, wanita ini dimasukkan wad psikatri

Ia selepas pasangannya, Teboho Tsotetsi membuat laporan kehilangan wanita itu selepas kisahnya melahirkan kembar 10 menjadi tular pada 7 Jun lepas.

 

Sejak wanita itu mendakwa beliau melahirkan bayi kembar 10, tiada sebarang foto rasmi yang menunjukkan bayi-bayinya , membuatkan Jabatan Kesihatan Kebangsaan Afrika Selatan membuat siasatan lanjut.

konon lahir bayi kembar 10, wanita ini dimasukkan wad psikatri

Meskipun tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah, pihak berkuasa menjelaskan penahanan wanita itu adalah sebagai satu prosedur lengkap siasatan atas arahan mahkamah. Ia kerana wujud dakwaan mengutip wang derma untuk menyara kelahiran palsu seperti yang digembar-gemburkan itu.

 

Beliau kemudiannya dirujuk ke wad psikatri di Hospital Tembisa kerana dipercayai wujud tekanan mental dan kebuluran.

 

Sumber: The Sun

ARTIKEL BERKAITAN