Seorang ibu dari Afrika Selatan selamat melahirkan kembar 10 melalui pembedahan Caesarean di sebuah hospital dekat Pretoria pada Isnin lalu.
Menurut laporan, kelahiran yang mencipta rekod dunia oleh Gosiame Thamara Sithole, 37, mengejutkan ramai termasuk doktor di hospital berkenaan.
Pasangan yang sudah mempunyai anak kembar dua berusia enam tahun itu melahirkan bayi kembar 10 meskipun pada jangkaan awal Gosiame dijangka melahirkan kembar lapan.
"Tujuh bayi lelaki dan tiga perempuan," kata suaminya, Teboho Tsotetsi.
Tambah lagi, mereka tidak pernah mendapatkan sebarang rawatan kesuburan dan kelahiran ini adalah secara normal dan semulajadi.
Untuk rekod, seorang ibu dari Mali pernah mencipta sejarah melahirkan kembar sembilan di sebuah klinik dekat Rabat, Maghribi.
Sumber: African News Agency