Tiada Masalah Bekas Pesakit Kanser Terima Vaksin COVID-19

Tidak timbul sebarang masalah bagi individu yang pernah mempunyai kanser bagi menerima suntikan vaksin COVID-19.

tiada masalah bekas pesakit kanser terima vaksin covid-19
 
Namun, pejuang kanser itu perlu memastikan tidak mempunyai masalah sebelum menerima vaksin dalam tiga hingga enam bulan daripada rawatan terakhir.

 
Malah, individu kelainan upaya (OKU) serta mereka yang menghidap diabetes, darah tinggi dan penyakit kronik lain juga tidak mempunyai masalah untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 ini.

 
"Memang kami menggalakkan mereka terima vaksin kerana mereka golongan berisiko tinggi, selain orang yang menghidap diabetes, darah tinggi, sakit jantung, buah pinggang dan penyakit kronik lain," kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) Datuk Dr Hishamshah Mohd Ibrahim.

tiada masalah bekas pesakit kanser terima vaksin covid-19
 
Baca: Boleh Ke Ibu Mengandung Ambil Vaksin COVID-19?

 
Bagaimanapun, golongan yang sedang mengambil ubat untuk merendahkan paras imuniti seperti pesakit kanser, mereka tidak dinasihatkan untuk menerima vaksin buat masa ini sehingga tamat rawatan.
 
Sebarang maklumat lanjut berkenaan vaksin COVID-19, boleh rujuk kepada laman web www.vaksincovid.gov.my 

 
Sumber: Astro Awani / Bernama