Ini Sebab Masih Perlu Ambil Vaksin COVID-19 Walaupun Pernah Suntik BCG

Vaksin COVID-19 akan diedarkan kepada orang ramai bermula esok, 24 Feb dimana ia melibatkan tiga fasa secara keseluruhannya.

ini sebab masih perlu ambil vaksin covid-19 walaupun pernah suntik bcg
 
Meskipun begitu, timbul pelbagai persoalan dari orang ramai seperti kesan sampingan yang mungkin terjadi khasnya kepada golongan berisiko seperti ibu hamil, orang kelainan upaya (OKU), pesakit kanser dan pesakit kronik lain selepas menerima suntikan vaksin ini.

boleh ke ibu mengandung ambil vaksin covid-19?

Baca: Tiada Masalah Bekas Pesakit Kanser Terima Vaksin COVID-19

 
Ia termasuklah dakwaan segelintir pihak yang menyatakan individu yang pernah menerima suntikan Bacillus Calmette Gurrain (BCG) tidak perlu menerima vaksin COVID-19 lagi.

ini sebab masih perlu ambil vaksin covid-19 walaupun pernah suntik bcg
 
Bagaimanapun, menurut Datuk Dr Hishamshah Mohd Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) berkata, meskipun wujud teori perlindungan daripada suntikan BCG, tiada data yang tepat yang boleh merumuskan dakwaan itu.
 

Suntikan BCG yang diambil oleh kebanyakkan rakyat Malaysia adalah untuk mencegah penyakit Tibi, dan bukannya virus COVID-19.

ini sebab masih perlu ambil vaksin covid-19 walaupun pernah suntik bcg
 
Tambah lagi, ramai juga rakyat Malaysia yang masih dijangkiti COVID-19 meskipun pernah menerima vaksinasi BCG sebelum ini.

 
Sebarang maklumat lanjut berkenaan vaksin COVID-19, boleh rujuk kepada laman web www.vaksincovid.gov.my 

 
Sumber: Astro Awani / Bernama
 
 
ARTIKEL BERKAITAN