Apa Hukum Puasa Kalau Kena Buat Swab Test?

Ramadan kali ini tidak jauh bezanya dengan ramadan tahun lalu kerana wabak COVID-19 masih lagi berada dalam masyarakat.

apa hukum puasa kalau kena buat swab test?

Bagi mengesan kehadiran virus ini, ujian saringan perlu dijalankan iaitu dengan memasukkan alat swab ke dalam rongga hidung dan mulut bagi mengambil sampel mukus.

apa hukum puasa kalau kena buat swab test?

Persoalannya, adakah puasa kita akan terbatal jika kita menjalani ujian swab ini ketika siang hari di bulan Ramadan?

 

Menurut keputusan Jawatankuasa Muzakarah Kebangsaan MKI Kali ke-87, kedua-dua ujian saringan nasopharyngeal (hidung) dan oropharyngeal (mulut) adalah tidak membatalkan puasa, sama juga jika kita menerima suntikan vaksin yang mana ia juga tidak membatalkan puasa.

kkm senarai kumpulan berisiko tinggi dan layak ambil vaksin covid-19

Bagi pesakit COVID-19 yang tidak mampu melaksanakan ibadah berpuasa atas nasihat para doktor Muslim yang merawat, sekiranya berpuasa boleh memudaratkan, adalah diharuskan untuk tidak berpuasa dan wajib menggantikan puasa apabila sudah sihat nanti.

 

Mereka yang juga perlu mengambil ubat-ubatan adalah diharuskan untuk tidak berpuasa dan juga wajib menggantikan puasa apabila sudah sembuh.

apa hukum puasa kalau kena buat swab test?

Dapatkan nasihat perubatan daripada pakar jika anda mempunyai masalah berkaitan kesihatan yang mungkin menggangu ibadah berpuasa anda.

 

Sumber: KKM