Suntikan Vaksin COVID-19 Semasa Bulan Ramadan Tak Batal Puasa

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan kini telah memasuki fasa kedua dan ia akan diteruskan kepada lebih ramai golongan dewasa di negara ini.

kkm senarai kumpulan berisiko tinggi dan layak ambil vaksin covid-19

Pun begitu, timbul tanda tanya ramai pihak mengenai suntikan vaksin COVID-19 yang dibuat ketika bulan Ramadan dimana ketika itu umat Islam akan menjalani ibadah puasa.

 

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri, suntikan vaksin COVID-19 pada bulan Ramadan adalah harus dan tidak membatalkan puasa.

daftar jadi sukarelawan program imunisasi covid-19 kebangsaan mulai hari ini

Perkara itu katanya sudahpun diputuskan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam, dua bulan yang lalu.

"Untuk vaksin COVID-19, kita putuskan dalam majlis fatwa dan juga fatwa-fatwa lama (pernah menyentuh) kalau berkenaan dengan suntikan vaksin, tiada masalah ia dibolehkan.

"Jika kita lihat sekarang, seluruh dunia membenarkan (suntikan vaksin pada bulan Ramadan) dan terbaharu kita menerima pandangan daripada Mufti Besar Arab Saudi (Sheikh Abdul Aziz Al-Asheikh) yang menyatakan keharusan untuk bervaksin sekalipun pada bulan Ramadan dan tidak membatalkan puasa," katanya.

 

Tambah lagi, Pejabat Mufti Singapura juga memaklumkan ujian swab yang dilakukan menerusi rongga hidung juga tidak membatalkan puasa kerana ia merupakan satu ujian yang menentukan sekiranya seseorang itu merupakan pesakit COVID-19 atau tidak, dan bukannya makanan atau minuman yang boleh membatalkan puasa seseorang.

 

Sumber: Astro Awani / BERNAMA

 

 

 

 

 

 

 

ARTIKEL BERKAITAN