Semalam kita dikejutkan dengan berita permergian Allahyarham Abam Bocey.
Kehilangan Abam dirasai ramai. Ternyata ramai yang menyayangi beliau. Lihat saja berapa ramai yang turut serta melakukan solat jenazah dan menghadiri pengebumian jenazah arwah semalam.
Betullah orang kata, buat baik ramai yang sayang.
BACA: Abam Bocey Meninggal Dunia
Namun, satu post yang dimuat naik oleh sahabat baik Allahyarham Abam iaitu Achey mencetuskan kemarahan ramai gara-gara tindakan seorang individu yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan atas berita kematian Abam.
Mana sensitiviti individu ini sampai sanggup mempromosikan insurans yang dijual sambil menggunakan nama arwah Abam sebagai subjek atau case study. Selfish!
Rata-rata komen yang ditinggalkan netizen mengecam individu tersebut.
Harap insiden dapat dijadikan ikhtibar buat semua. Nak cari rezeki biarlah kena dengan caranya.