Abam Bocey Meninggal Dunia

abam bocey meninggal dunia

Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Gombak pagi tadi.

Menurut Astro Awani, perkhabaran menyedihkan itu dimaklumkan oleh adik Abam, Ali kepada geng Gempak.

Dipetik dari Astro Awani, Allahyarham dikatakan demam dan mengadu kurang sihat sejak dua hari lalu. Namun, apabila diajak ke hospital Abam dikatakan tidak mahu kerana menganggap dia hanya demam dan sakit kepala biasa.

Ketika mahu mengejutkan abam untuk solat subuh, tiada tindak balas daripadanya, kata isteri Abam, Nor Hidayah.

Innalillahiwainnailaihirojiun. Semoga roh Abam dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Al-Fatihah.