Ada Orang Bank In Duit, Akaun Bank Dalam Squid Game Terpaksa Ditutup

Drama yang menjadi kegilaan ramai sejak beberapa minggu lalu iaitu Squid Game, telah menjadi satu fenomena di seluruh dunia, hingga ada juga yang mengaitkan ia dengan teori-teori tertentu.

gara-gara squid game, filem jepun yang dikatakan sama ini turut terima tempias populariti!

Malah, sebelum ini tular juga dengan kisah pemilik sebenar nombor telefon yang digunakan dalam drama bersiri terbitan Netflix itu, hinggakan penerimanya menerima ribuan panggilan dan mesej sehari.

gara-gara squid game, lelaki ini terima lebih 4,000 panggilan sehari

Terbaru, nombor akaun bank yang digunakan oleh produksi dalam drama berkenaan dikatakan telah ditutup gara-gara ada individu yang memasukkan sejumlah wang kedalam akaun berkenaan.

ada orang bank in duit, akaun bank dalam squid game terpaksa ditutup

Nombor akaun bank yang digunakan dalam drama itu adalah nombor yang benar-benar wujud, milik sutradara drama berkenaan iaitu Hwang Dong-Hyuk.

 

Dalam satu adegan, watak utama Gi Hun telah ke mesin pengeluaran automatik dan mengeluarkan 10,000 won (RM35) daripada jumlah keseluruhan 45.6 bilion won (RM161 juta) yang dimenanginya dalam drama Squid Game berkenaan.

 

Menurut produksi, duit yang telah dimasukkan oleh individu tidak dikenali berjumlah 456 won, atau kira-kira RM1.60. Meskipun jumlahnya kecil, namun pihak produksi tetap mahu menutup akuan terbabit bagi mengelakkan masalah lebih besar berlaku.

 

Squid Game mengisahkan tentang permainan tradisional warga Korea Selatan yang disertai individu yang mempunyai permasalahan dalam hidup seperti lambakan hutang dan gangguan emosi.

 

Drama bersiri itu turut trending di 83 negara termasuk United Kingdom dan Amerika Syarikat.

 

Sumber: [1]