Patung Squid Game Benar-Benar Wujud, Cetus Teori Dalam Kalangan Penonton

Sejak ditayangkan pada September lalu, siri drama Korea Squid Game sememangnya mencetuskan fenomena hebat sehingga menjadi perhatian besar daripada orang ramai.

patung squid game benar-benar wujud, cetus teori dalam kalangan penonton

Turut sama menerima perhatian ialah salah satu watak penting dala, siri drama itu iaitu patung menyeramkan dengan imej seperti kanak-kanak sekolah yang berpakaian warna kuning dan oren.

Memetik laporan Astro Awani, patung itu bukan sekadar props drama, tetapi memang wujud.

Patung yang menjadi fokus permainan berdarah ‘red light, green light’ dalam siri drama terbabit dikatakan boleh ditemui di Jincheon County, sebuah kawasan perkampungan yang terletak kira-kira tiga jam ke utara Seoul.

Menurut portal Koreaboo, ia ‘menjaga’ pintu masuk sebuah muzium kereta kuda dan mengikut perjanjian, ia akan disimpan di muzium tersebut usai tamat penggambaran.

Dalam siri gambar yang tersebar di media sosial itu, kelihatan patung tersebut kehilangan sebelah tangannya, dipercayai rosak ketika proses pemindahan semula ke muzium.

Tetapi, situasi tersebut membuatkan pelbagai teori muncul dalam kalangan penggemar siri tersebut.

Sehubungan dengan itu, patung itu juga dikatakan tidak akan dipamerkan berikutan kegilaan luar biasa yang melanda peminat siri drama Squid Game.

 

Sumber: [1]