Objek Disangka Pondok Misteri Di Bulan Akhirnya Diketahui, Rupanya..

Pada Disember lalu, tular imej dari jarak jauh menunjukkan bentuk seakan-akan pondok misteri pada permukaan bulan yang dirakamkan kenderaan jelajah rover milik China.

‘pondok misteri’ terakam di permukaan bulan, pakar tertanya-tanya apakah ia

Selepas beberapa hari kenderaan rover China mendekati objek berkenaan, akhirnya ia telahpun berjaya diketahui dan bukanlah pondok seperti yang disangka.

 

Menurut Outer Space, objek ganjil yang ditemui dari jarak jauh itu rupanya hanyalah seketul batu yang mempunyai bentuk seekor arnab.

objek disangka pondok misteri di bulan akhirnya diketahui, rupanya..

Foto jarak dekat objek misteri berkenaan telah dikongsikan Pentadbiran Angkasa Lepas Kebangsaan China (CNSA) menerusi kenderaan robotik negara China pada Jumaat lalu.

 

Terdahulu, kenderaan robotik yang dikenali juga sebagai Rover Yutu-2 berjaya merakam imej berbentuk kiub seakan-akan pondok dengan ukuran 79 meter di sebuah lokasi di sisi gelap Bulan. Sejak dari itu, CNSA menyifatkan imej itu sebagai ‘pondok misteri’.

‘pondok misteri’ terakam di permukaan bulan, pakar tertanya-tanya apakah ia

Sumber: [1]