‘Pondok Misteri’ Terakam Di Permukaan Bulan, Pakar Tertanya-Tanya Apakah Ia

Sebuah ‘pondok misteri’ berbentuk empat segi telah berjaya dirakam di permukaan Bulan oleh kenderaan jelajah rover milik China, hingga menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pakar-pakar angkasa lepas.

‘pondok misteri’ terakam di permukaan bulan, pakar tertanya-tanya apakah ia

Memetik laporan Space.com, Rover Yutu-2 berjaya merakam imej berbentuk kiub seakan-akan pondok dengan ukuran 79 meter di sebuah lokasi di sisi gelap Bulan.

 

Pentadbiran Angkasa Lepas Negara China, Our Space menyifatkan imej itu sebagai ‘pondok misteri’.

‘pondok misteri’ terakam di permukaan bulan, pakar tertanya-tanya apakah ia

“Kami mempunyai perkembangan dari Yutu-2 di bahagian hujung Bulan, termasuk sebuah kiub yang terletak kira-kira 80 meter dari rover berkenaan di kawah Von Kármán,” kata wartawan, Andrew Jones.

 

Kini wujud persaingan angkasa lepas antara dua negara besar iaitu Amerika Syarikat dan China, termasuklah kenyataan seorang saintis terkemuka China yang berkata negaranya akan menghantar angkasawan tempatan mereka ke Bulan menjelang 2030.

 

Sumber: [1]

 

ARTIKEL BERKAITAN