Beberapa anggota polis dari Grand Blanc Twp Police Department, Amerika Syarikat dikejarkan ke satu lokasi selepas menerima panggilan yang cukup luar biasa.
Ia bukanlah satu kes jenayah, samun atau ragut, sebaliknya kes melibatkan 7 ekor anak tupai yang terikat pada ekornya sejak ia dilahirkan.
Pegawai bertugas menerima panggilan dari 911 pada Jumaat, meminta bantuan untuk insiden itu. Lantas, mereka segera ke lokasi kejadian untuk membantu.
Sebaik tiba, pegawai polis cuba membantu meleraikan ekor anak tupai yang baru sahaja dilahirkan, namun terbelit sesama mereka, sambil diperhatikan si ibu tupai yang berada berdekatan.
Foto insiden itu dikongsikan menerusi laman Facebook rasmi jabatan polis berkenaan dengan tanda pagar #crazybutrue (gila tapi benar).
“Tupai!!! Membawa makna baharu bagi pegawai. Menerima panggilan dari 911, mendakwa 7 tupai diikat bersama oleh ekor mereka..“
Beberapa minggu lalu, polis di Madhya Pradesh, India telah menerima laporan berhubung seekor lembu yang enggan diperah susunya.
Sumber: [1]