Lembu Enggan Diperah Susunya, Lelaki Ini Buat Laporan Polis

Satu kejadian yang tidak disangka berlaku di sebuah balai polis dekat Madhya Pradesh, India apabila mereka menerima aduan dari seorang lelaki berhubung keengganan lembunya untuk diperah susu.

lembu enggan diperah susunya, lelaki ini buat laporan polis

Menurut lelaki yang juga pemilik lembu berkenaan, beliau mengesyaki lembunya itu berada dibawah pengaruh sihir yang membuatkannya enggan diperah susu.

 

Satu video tular juga menunjukkan lelaki itu meminta pertolongan polis bagi membantunya menyelesaikan masalah tersebut.

 

“Lelaki tersebut, Babulal Jatav, 45, telah membuat laporan di balai polis Nayagaon pada Sabtu, menyatakan lembunya tidak membenarkannya memerah susu sejak beberapa har lalu,” kata Timbalan Penguasa Polis, Arvind Shah.

 

Menurut laporan tersebut, penduduk kampung juga memaklumkan kepada lelaki itu bahawa lembu berkenaan telah disihir, menyebabkannya berkelakuan sedemikian rupa.

 

Polis yang menerima laporan menasihatkan pemilik tersebut dan penduduk kampung untuk memberikan lembu itu makanan yang bersesuaian. Selang beberapa hari, lembu itu dilaporkan pulih dan membenarkan pemiliknya untuk memerah susu seperti biasa.

 

Sumber: [1]