Permainan lato-lato kini menjadi satu fenomena anak muda, khususnya di negara Indonesia.
Menerusi satu klip video yang kini tular di media sosial, seorang jurunikah terpaksa menegur tetamu yang bermain lato-lato semasa akad nikah kerana bunyinya menggangu upacara tersebut.
Kejadian yang dipercayai berlaku di Indonesia selepas seorang jurunikah dilihat sedang bersiap sedia melangsungkan upacara akad nikah sepasang pengantin.
Bagaimanapun ketika sedang melafazkan ijab kabul, jurunikah itu secara tiba-tiba mengentikan lafaz kerana tertanggu dengan bunyi bising lato-lato.
“Wahai saudara Sutriono bin Taman. Lato-lato..diam, lato-lato diam. Saya ulangi. Wahai Sutriono bin Taman saya nikahkan dan kawinkan,” kata jurunikah tersebut dengan nada terganggu.
Selepas itu, barulah bunyi lato-lato tersebut lenyap dan majlis diteruskan dengan sempurna.
Video itu mendapat perhatian ramai dan menerima pelbagai komen daripada netizen.
Terdahulu, sepasang pengantin telah menggantikan bunyi kompang kepada bunyi lato-lato ketika sedang berarak masuk menuju ke pelamin.
Baca: Pasangan Pengantin Disambut Meriah Dengan Bunyi Lato-Lato
Sumber: Kosmo!