Pasangan Pengantin Disambut Meriah Dengan Bunyi Lato-Lato

Lato-lato atau juga dikenali sebagai clackers ball kini telah menjadi trend dalam kalangan masyarakat.

pasangan pengantin disambut meriah dengan bunyi lato-lato

Bukan sahaja dimainkan oleh kanak-kanak, lato-lato juga dimainkan oleh segelintir dewasa, meskipun ramai berpendapat bahawa bunyi lato-lato itu agak menjengkelkan.

 

Pun begitu, ada pasangan pengantin dari Sulawesi Barat, Indonesia ini mahukan majlis perkahwinan mereka disambut dengan iringan bunyi lato-lato.

pasangan pengantin disambut meriah dengan bunyi lato-lato

Kedua-dua pasangan ini menjadi tular di media sosial Indonesia selepas mereka memilih agar perarakan mereka di majlis perkahwinan disambut dengan bunyi lato-lato.

pasangan pengantin disambut meriah dengan bunyi lato-lato

“Aku paling jarang untuk berkongsi video dari group WhatsApp keluarga. Namun, yang ini, entah kamu sudah melihatnya atau belum, aku perlu berkongsikan di akaun Twitter,” tulis kapsyen pada video yang dikongsikan oleh @indrawidjaya di Twitter.

 

 

 

Menurut pengantin, idea untuk membawa lato-lato ke majlis perkahwinannya bermula daripada sepupu pengantin wanita.

pasangan pengantin disambut meriah dengan bunyi lato-lato

“Idea lato-lato pada asalnya hanya untuk memeriahkan suasana kerana kebetulan musim lato-lato di kalangan kanak-kanak. Ketika saya berkumpul di rumah suami saya, idea itu datang daripada sepupu suami saya,” katanya.

 

Sumber: Wolipop