Tampil Lebih ‘Berani’ Lepas Buka Tudung, Pelakon Wanita Ini Dikecam Netizen

Pelakon dan juga model popular, Alya Iman meraih perhatian netizen selepas dilihat semakin terbuka mendedahkan gaya hidupnya untuk perhatian ramai.

“saya cuma mahu tunjukkan diri yang sebenar,” alya iman selesa tak bertudung

Baca artikel: “Saya Cuma Mahu Tunjukkan Diri Yang Sebenar,” Alya Iman Selesa Tak Bertudung

 

Menerusi video di Tiktok, Alya yang membuat penampilan tidak lagi bertudung, dilihat ‘berani mati’ melakukan tarian bersama rakannya dengan hanya memakai singlet dan seluar palazzo.

 

Bagaimanapun video itu telah dipadam selepas menerima kecaman dari netizen.

 

Netizen yang sempat melihat video itu menyifatkan Alya yang pernah menjadi model Muslimah, terkena kejutan budaya dan pengaruh rakan sebaya.

tampil lebih ‘berani’ lepas buka tudung, pelakon wanita ini dikecam netizen

Alya Iman yang merupakan anak bongsu kepada pelakon dan pendakwah, Allahyarham Azmil Mustapha mengaku tidak lagi berhijab dan selesa untuk menjadi diri sendiri tanpa bersikap hipokrit dalam media sosial.

 

@alyimn Like dis ah? #whatitis #fyp ♬ What It Is - Solo Version - Doechii

 

Sumber: Kosmo!