Baru-baru ini, pelakon, Alya Iman telah mengejutkan ramai pihak selepas memuatnaik foto dirinya yang sudah tidak lagi berhijab.
Menurut pemilik nama sebenar Nur Alya Iman Azmil, 22, beliau bertindak sedemikian kerana enggan terus menipu tentang diri sendiri dalam media sosial.
Sedar dirinya telah menjadi kecaman ramai orang, Alya berkata itulah dirinya yang sebenar dan terpulang untuk mana-mana individu menerima atau tidak.
“Kenapa mahu menipu dalam media sosial? Sudah-sudahlah jadi hipokrit dan membohongi semua orang.
“Inilah diri saya yang sebenar. Terpulang untuk menerima dan jika tidak suka pun tak mengapa,” katanya.
Anak kepada pelakon Allahyarham Azmil Mustapha itu berkata sememangnya dia lebih selesa dengan penampilan tidak berhijab ketika ini.
“Keputusan untuk tidak berhijab untuk beri peluang orang ramai kenal diri saya yang sebenar bahkan memang lebih selesa tak bertudung dalam kehidupan seharian.
“Kali ini saya sedar dan tidak mahu menjadi hipokrit serta terus membohongi semua orang,” ujarnya yang juga tidak mempunyai alasan tentang pemilihan tarikh 1 Syawal baru-baru ini untuk membuat pendedahan mengenai imejnya yang tidak berhijab itu.
Dalam pada itu, Alya turut berkata tindakannya itu juga telah mendapat persetujuan daripada ahli keluarga dan teman rapatnya sendiri.
Sumber: Kosmo! Online