Lebih Setengah Juta Penduduk Malaysia Dah Daftar Terima Vaksin COVID-19

Seramai 637,000 individu dilaporkan telah mula mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 sejak pendaftaran vaksin dibuka secara rasmi melalui aplikasi MySejahtera semalam.

dah boleh daftar vaksin covid-19 di aplikasi mysejahtera
 
Aplikasi yang mempunyai 21 juta pengguna unik dan aktif, dengan 18 hingga 20 juta check-in ini juga dilihat sebagai medium paling berkesan untuk menyampaikan maklumat mengenai COVID-19 termasuklah vaksinasi dibawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

 
Meskipun begitu, kerajaan belum mewajibkan lagi penggunaan MySejahtera sebaliknya hanya menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan ia secara sukarela, demikian menurut Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Dr Mahesh Appannan.

 
Pendaftaran melalui Aplikasi MySejahtera merupakan antara lima kaedah pendaftaran secara dalam talian atau secara manual yang disediakan kerajaan untuk orang ramai mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 dalam negara.

 
Sumber: Astro Awani