DOLLA Enggan Fikir Gelaran Sebagai Kumpulan No. 1 Negara “Yang Penting Kami Kerja Keras..”

Kumpulan DOLLA enggan membebankan diri mereka memikirkan soal gelaran penyanyi kumpulan nombor satu negara yang dilabelkan kepada mereka ketika ini.

ada peminat luar negara sanggup belajar bahasa melayu demi dolla

Menurut salah seorang anggota DOLLA iaitu Angel, mereka sebagai kumpulan mahu lebih fokus bekerja dan memberikan yang terbaik kepada para peminat.

 

"DOLLA tak pernah lihat diri kami sebagai kumpulan nombor satu. Sebaliknya, kami mahu lebih bekerja keras supaya ramai kenal siapa DOLLA.

"Mungkin orang Malaysia sahaja yang kata begitu, tapi masih banyak kerja perlu dilakukan untuk lebih dikenali," katanya.

 

Menurut Tabby pula gelaran bukanlah suatu yang dikejar DOLLA sejak mereka menceburkan diri dalam industri seni kira-kira empat tahun yang lalu.

dolla enggan fikir gelaran sebagai kumpulan no. 1 negara “yang penting kami kerja keras..”

"Sudah tentu kami bersyukur apabila ada pihak yang mengeluarkan menggelarkan kami kumpulan nombor satu, tapi pada masa sama, kami tak mahu kehadiran Dolla jadi perbandingan.

"Kami sudah ada tekanan sebelum ini dan tak mahu tambah lagi dengan memikirkan soal gelaran nombor satu yang diperkatakan.

"Tak kisahlah sama ada nombor satu atau dua, ini kerana paling penting adalah kami bekerja keras untuk berikan muzik dan produk terbaik kepada peminat," ujarnya.

 

Baru-baru ini, DOLLA telah merasmikan lagu terbaharu mereka berjudul Classic, yang dimuatkan dalam album sulung DOLLA, New Classic.

dolla enggan fikir gelaran sebagai kumpulan no. 1 negara “yang penting kami kerja keras..”

 

 

Baca juga: Peluang Tembus Pasaran Antarabangsa, DOLLA Guna Penerbit Korea Selatan Untuk Album Sulung

 

Sumber: BH