ERA
play
MY FM
play
HITZ
play
RAAGA
play
SINAR
play
MIX
play
LITE
play
MELODY
play
THR GEGAR
play
ZAYAN
play
GOXUAN
play
All radio stations

Lokal

Peluang Tembus Pasaran Antarabangsa, DOLLA Guna Penerbit Korea Selatan Untuk Album Sulung


SYOK • 20 November 2023


SYOK • 20 November 2023

KONGSI ARTIKEL INI:

Siapa sahaja tidak mengenali dengan kumpulan DOLLA, yang dianggotai empat gadis cantik dari Malaysia ini.

Baru-baru ini, DOLLA tampil dengan album sulung mereka, New Classic, yang telah mendapat sentuhan penerbit muzik antarabangsa dari Korea Selatan iaitu Hyuk Shin.

peluang tembus pasaran antarabangsa, dolla guna penerbit korea selatan untuk album sulung

Menurut salah seorang ahli DOLLA iaitu Sabronzo, kerjasama dengan penerbit itu dilihat satu peluang untuk DOLLA menembusi pasaran antarabangsa, tambah pula Hyuk Shin berpengalaman menghasilkan lagu untuk artis terkenal seperti Super Junior, NCT, GOT7, Red Velvet dan Justin Bieber.

“Semua lagu di dalam album ini dihasilkan dalam bahasa Inggeris kerana kami mahu menembusi pasaran antarabangsa.

“Kami berbangga kerana dapat bekerjasama dengan Hyuk Shin, seorang penerbit muzik yang pernah bekerja dengan artis ‘A-list’ dunia.

“Beliau menghasilkan dua lagu untuk album kami iaitu Classic dan Boss Up,” katanya.

peluang tembus pasaran antarabangsa, dolla guna penerbit korea selatan untuk album sulung

Malah, keseluruhan pembikinan untuk video muzik Classic juga telah dibuat di Thailand, hasil kolaborasi bersama kru filem antarabangsa dari negara berkenaan.

“Kami setuju Thailand mempunyai produk dan hasil karya yang sangat baik. Lagi pula, syarikat rakaman kami, Universal Music Malaysia mempunyai hubungan baik dengan Universal Music Thailand yang banyak memudahkan urusan kami di sana.

“Namun, tidaklah bermakna rumah produksi Malaysia tidak mempunyai bakat yang hebat. Sebelum ini pun video muzik kami yang cantik-cantik semua dihasilkan oleh anak tempatan.

“Cuma kami merasakan ini adalah kesempatan untuk melihat budaya kerja di negara berbeza di samping mengintai peluang untuk mempromosikan video kami di Thailand,” kata anggota lain, iaitu Tabby.

Dikatakan album sulung DOLLA itu mencecah kos ratusan ribu ringgit dan memakan masa setahun untuk disiapkan.

Menurut Syasya, yang juga ahli termuda dalam DOLLA, cabaran untuk menghasilkan album ini adalah sebutan bahasa Inggeris dalam liriknya, hingga memaksa beliau untuk menjalani kelas tambahan.

“Memandangkan album ini semuanya dihasilkan dalam bahasa Inggeris, saya ambil kelas tambahan bagi mengelakkan sebutan saya kedengaran aneh.

“Contoh seperti perkataan priorities yang membuatkan saya mengambil masa satu jam untuk rakaman. Sampai sekarang kawan-kawan mengusik saya kerana perkataan itu,” kata Syasya.

Sumber: Utusan Online

KONGSI ARTIKEL INI:

Terkini

.

Terkini

Peminta Sedekah Pukul Pelanggan Kedai Makan, Tidak Dapat Wang Yang Diminta

ERA

Peminta Sedekah Pukul Pelanggan Kedai Makan, Tidak Dapat Wang Yang Diminta


Tujuh Pelajar MRSM Terlibat Kes Buli Ditamatkan Pengajian Serta-Merta

ERA

Tujuh Pelajar MRSM Terlibat Kes Buli Ditamatkan Pengajian Serta-Merta


“Tiada Erti Hidup Mewah Jika Tiada Pasangan Hidup…” - Yusof Haslam

ERA

“Tiada Erti Hidup Mewah Jika Tiada Pasangan Hidup…” - Yusof Haslam


Polis Siasat Kes Buli Pelajar di MRSM, Video Tular Jadi Bukti Awal

ERA

Polis Siasat Kes Buli Pelajar di MRSM, Video Tular Jadi Bukti Awal


Penemuan Tengkorak Dipercayai Rangka Manusia Di Pasir Puteh

GEGAR

Penemuan Tengkorak Dipercayai Rangka Manusia Di Pasir Puteh


Artikel berkaitan

"Raya Bounce" – Lagu Raya Paling Hype Tahun 2025!

"Raya Bounce" – Lagu Raya Paling Hype Tahun 2025!

24 MARCH 2025

“Terbaring Lemah” - Pempengaruh Malaysia Yang Hilang Di Hutan Bandung Telah Selamat Dijumpai

“Terbaring Lemah” - Pempengaruh Malaysia Yang Hilang Di Hutan Bandung Telah Selamat Dijumpai

06 FEBRUARY 2025

“Sejak Bercerai, Mama Minta Mimi Untuk Jadi Happy Tak Kisah La Dengan Siapa Pun” - Mimi Fly

“Sejak Bercerai, Mama Minta Mimi Untuk Jadi Happy Tak Kisah La Dengan Siapa Pun” - Mimi Fly

16 JANUARY 2025

Tom Holland Minta Izin Bapa Zendaya Sebelum Bertunang

Tom Holland Minta Izin Bapa Zendaya Sebelum Bertunang

13 JANUARY 2025

“Akhirnya Orang Kenal Saya Dan Lagu” - Amir Masdi

“Akhirnya Orang Kenal Saya Dan Lagu” - Amir Masdi

12 JANUARY 2025