FAQ

SYOK BM - Platform hiburan dan gaya hidup tempatan. Oleh rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia.
Semua benda yang korang suka. Ada video, gambar-gambar menarik, podcast, cerita-cerita yang terkini dan korang juga boleh menang pelbagai hadiah yang menarik.
Pertama sekali, korang pilih bahasa yang korang nak. Terdapat tiga jenis bahasa iaitu Bahasa Inggeris (https://en.syok.my/), Bahasa Melayu (https://bm.syok.my/) dan Bahasa Cina (https://cn.syok.my/).
Lepas dah pilih bahasa, korang boleh tekan butang navigasi pada bahagian atas sebelah kiri untuk melihat kategori anda atau kalau korang bosan korang boleh cari benda yang korang minat dengan hanya scrolling je. Nanti jumpalah macam-macam kandungan yang menarik.
Satu benda yang korang kena tahu, setiap kandungan berbeza mengikut pilihan bahasa masing-masing.
SYOK bukan je ada website, tapi korang juga boleh dapatkan kemaskini SYOK melalui akaun Facebook, Instagram dan Youtube. Tapi yang korang kena tahu, kitorang ada aplikasi SYOK yang best. Sangatlah rugi kalau korang tak download aplikasi SYOK.
Sekerap yang mungkin. Kami akan pastikan segala berita terkini dan menari yang terjadi akan dikemaskini pada website SYOK. Maka, download aplikasi SYOK sekarang!
Korang boleh je hantar apa-apa cadangan atau video mahupun gambar yang menarik melalui Instagram atau Facebook SYOK! DM je kitorang, nanti akan ada orang yang akan melayan korang.
Haa jangan segan silu untuk pebetulkan kesilapan kami. Korang boleh je hubungi kami melalui Instagram dan Facebook pada bila-bila masa sahaja. Dengan sepantas kilat, kami akan perbetulkan segala kesalahan yang anda.
Kami sentiasa menanti ajakan anda sebab kami suka hadir ke mana-mana majlis. Korang boleh hantar jemputan ke email kami di hello@syok.my !
Kami sangatlah mengalu-alukan sebarang bentuk iklan yang tidak menyalahi undang-undang. Jadi, kalau korang nak beriklan dengan kami hantar je segala butir-butir ke email hello@syok.my
Kami mahukan orang yang kretif dan cerdas. Jadi, kalau korang jenis yang kami cari hantar je resume korang ke hello@syok.my
Korang boleh hantar segala jenis cadangan atau idea atau mungkin luahan perasaan pada kami di sini:
Email: hello@syok.my
Facebook : https://www.facebook.com/syok.bm
Nak layan aplikasi SYOK ni korang hanya perlu pastikan sambungan internet sekurang-kurangnya 3G kalau menggunakan data telefon atau 1Mbps sekiranya menggunakan WiFi.
Aplikasi SYOK korang mungkin tertutup secara tiba-tiba disebabkan oleh keadaan peranti yang mengawal aplikasi background lain seperti penggunaan fungi Power Management dan mod Battery Saver. Jadi, semak tetapan peranti dan benarkan aplikasi SYOK untuk berfungsi secara background, so korang boleh layan aplikasi SYOK tanpa sebarang gangguan.
Pengumuman Azan di aplikasi SYOK
Siaran radio menerusi aplikasi SYOK bersiaran dengan kelewatan selama 1 hingga 2 minit dan ia juga menyebabkan kelewatan untuk pengumuman Azan.Untuk mendapatkan waktu solat yang tepat anda boleh aktifkan notifikasi Zon Solat di aplikasi SYOK atau layari portal e-Solat (https://www.e-solat.gov.my/ ) di laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Aplikasi SYOK mendapat maklumat waktu solat mengikut zon seperti mana yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan berpandukan data e-Solat (https://www.e-solat.gov.my/) pada waktu itu. Korang juga boleh memilih kawasan pilihan korang secara manual untuk mendapatkan waktu yang tepat mengikut kawasan pilihan.
Jangan panik! Fungsi radio digital SYOK memerlukan sambungan internet secara berterusan. Jadi, aplikasi SYOK mungkin akan terganggu sekiranya peranti korang kehilangan sambungan internet atau korang berada dalam kawasan yang tidak mempunyai sambungan internet. Oleh itu, sila cuba sekali lagi apabila korang berada di tempat yang mempunyai sambungan internet yang lebih baik.